Rabu, 22 Julai 2015

Kem Lencana Pengakap Keris Gangsa



Tuan/Puan,
KEM LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK
Sukacita merujuk perkara di atas.
2.         Badan Beruniform Pengakap SK Seri Bintang Utara (SKSBU) akan menganjurkan Kem Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-Kanak secara berperingkat pada butiran berikut:
Kem
Tarikh
Sasaran
Tempat
Kem Lencana Keris Gangsa
25, 26 & 27
 April 2015
Ahli Pengakap Tahun 4, 5 dan 6


SK Seri Bintang Utara
Kem Lencana Keris Perak
24, 25 & 26
Julai 2015
Ahli Pengakap Tahun 5 dan 6

Kem Lencana Keris Emas
2 , 3 & 4
 Oktober 2015

Ahli Pengakap Tahun 6

3.         Untuk pengetahuan tuan/puan, objektif penganjuran kem adalah seperti berikut:
I -  Mendedahkan secara langsung kepada ahli pengakap tentang ilmu berpengakap dengan betul dan melatih sifat-sifat kepimpinan yang harus ada dalam diri setiap ahli.
II – Memberi pengalaman kepada ahli pengakap proses sosialisasi yang sewajarnya dan cara-cara membuat pertimbangan serta keputusan terhadap diri, rakan dan komuniti sekeliling.
III- Memberi peluang kepada semua ahli pengakap memperoleh lencana tertinggi sebagai simbol kemajuan diri dalam unit beruniform yang dianggotai.
IV – Menanamkan minat dan kesungguhan terhadap aktiviti-aktiviti luar sebagai persediaan kemandirian dan kelangsungan hidup dewasa nanti.


4.         Proses penilaian kem ini akan dikawal selia dan dinilai oleh Pesuruhjaya Pengakap Kuala Lumpur.
5.         Bayaran yang perlu dibuat adalah berdasarkan kepada peringkat kem lencana yang bakal disertai oleh ahli pengakap. Berikut merupakan bayaran bagi kem Lencana Keris Gangsa iaitu  RM 60.00 dan tarikh akhir kutipan pembayaran pada 27 Mac 2015 (Jumaat). Bayaran boleh dibuat kepada guru penasihat pengakap Cik Faustina Robert (Tahun 4), Pn Saraswaty Subramaniam (Tahun 5) dan Pn Sareah Arshad (Tahun 6).
6.         Besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat memberi sokongan pelaksanaan kem ini untuk kebaikan anak tuan/puan seperti yang dinyatakan di atas seterusnya mendokong usaha murni kami. Kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Sekian

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KECEMERLANGAN TEKAD KAMI”

Yang Menjalankan Tugas,


………………………………………………..
(SITI HANIM BINTI ISMAIL)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
b/p Guru Besar
SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan