Rabu, 22 Julai 2015

Kem Lencana Keris Perak 2015



Ibu bapa/ Penjaga,
Ahli Pengkap Tahun 5 dan 6 SKSBU

Tuan/Puan,
KEM LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK (LENCANA KERIS PERAK)
Sukacita merujuk perkara di atas.
2.         Badan Beruniform Pengakap SK Seri Bintang Utara (SKSBU) akan menganjurkan Kem Lencana Keris Perak bagi mereka yang telah mengikuti kem Lencana Keris Gangsa yang lalu sebagai kesinambungan Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-Kanak seperti  pada butiran yang berikut:
Tarikh               : 24 - 26 Julai 2015 ( Jumaat - Ahad)
Tempat            : Persekitaran SK Seri Bintang Utara

3.         Untuk pengetahuan tuan/puan, objektif penganjuran kem adalah seperti yang tertakluk pada edaran surat pertama kepada ahli-ahli pengakap SK Seri Bintang Utara sebelum ini.
4.         Proses penilaian kem akan dinilai oleh Pesuruhjaya Pengakap Kuala Lumpur. Berikut merupakan bayaran yang dikenakan bagi kem Lencana Keris Perak sejumlah  RM 100.00 dan tarikh akhir kutipan pembayaran pada 13 Julai 2015 (Isnin). Bayaran boleh dibuat kepada guru penasihat pengakap Pn Saraswaty Subramaniam (Tahun 5) dan Pn Sareah Arshad (Tahun 6).
6.         Besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat memberi sokongan pelaksanaan kem ini demi anak tuan/puan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Nalini (012-2331784), Pn Sareah (016-2985464) dan Pn Haslimah (012-3216271).
 Kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.
Sekian
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KECEMERLANGAN TEKAD KAMI”
Yang Menjalankan Tugas,


………………………………………………..
(SITI HANIM BINTI ISMAIL)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
b/p Guru Besar
SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur





 
S

Tiada ulasan:

Catat Ulasan