Selasa, 26 Mei 2015

Persetiaan Pengakap, Undang-Undang, Cogan Kata Pengakap


Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya,

Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya dengan seberapa daya upaya,
Saya akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa dan;
Menurut Undang-undang Pengakap


Undang-Undang Pengakap

1.Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2.Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.
3.Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
4.Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5.Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6.Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
7.Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
8.Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
9.Pengakap itu jimat dan cermat
10.Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.




Cogan Kata Pengakap
Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda - Selalu Bersedia
Pengakap Remaja - Pandang Luas
Pengakap Kelana - Berkhidmat


Sumber : Internet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan