Ahad, 29 November 2015

Anugerah rambu pengakap kanak-kanak 2015

 18.11.2015- Upacara bersejarah bagi warga SKSBU apabila 21 ahli pengakap kanak-kanak menerima anugerah Rambu pengakap kanak-kanak Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
 Majlis dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WPKL iaitu Datuk Dr  Eli bin Hj Mohd Tahir bersama Tuan Amir Hamzah Aman Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negara Dan beberapa individu yang lain.
 Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Persetiaan Pengakap, Doa Dan seterusnya penganugerahan.
 Usainya anugerah, ucapan Yang Berbahagia Datuk Dr Eli...diikuti penyampaian tanda mata oleh guru besar Pn Che Norizan Abdullah.
 Bacaan doa oleh Akhmal Danial Kamalruddin.
 Antara penerima anugerah pada hari yang bersejarah Nurul Ira Shakiela.
 Kelihatan Datuk Dr Eli memakaikan rambu pada lengan Kinson Yang Qi Quan...
Penerima anugerah bersama sijil mereka.

2 ulasan: