Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya,
Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya dengan seberapa daya upaya,
Saya akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa dan;
Menurut Undang-undang Pengakap
Undang-Undang Pengakap
1. | Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. |
2. | Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. |
3. | Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. |
4. | Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. |
5. | Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. |
6. | Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. |
7. | Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. |
8. | Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. |
9. | Pengakap itu jimat dan cermat |
10. | Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. |
Cogan Kata Pengakap
Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda - Selalu Bersedia
Pengakap Remaja - Pandang Luas
Pengakap Kelana - Berkhidmat
Sumber : Internet