Jenis-Jenis Ikatan
Boleh diakses dalam paparan Facebook : Pengakap Kanak-Kanak SK Seri Bintang Utara,Kuala Lumpur.
Rabu, 22 Julai 2015
Kem Lencana Keris Perak 2015
Ahli Pengkap Tahun 5 dan 6 SKSBU
Tuan/Puan,
KEM
LENCANA KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK (LENCANA KERIS PERAK)
Sukacita merujuk
perkara di atas.
2. Badan Beruniform Pengakap SK Seri
Bintang Utara (SKSBU) akan menganjurkan Kem Lencana Keris Perak bagi mereka yang telah mengikuti kem Lencana
Keris Gangsa yang lalu sebagai kesinambungan Lencana Kemajuan Pengakap
Kanak-Kanak seperti pada butiran yang
berikut:
Tarikh : 24 - 26 Julai 2015 ( Jumaat - Ahad)
Tempat : Persekitaran SK Seri Bintang Utara
3. Untuk pengetahuan tuan/puan, objektif
penganjuran kem adalah seperti yang tertakluk pada edaran surat pertama kepada
ahli-ahli pengakap SK Seri Bintang Utara sebelum ini.
4. Proses penilaian kem akan dinilai oleh
Pesuruhjaya Pengakap Kuala Lumpur. Berikut merupakan bayaran yang dikenakan bagi
kem Lencana Keris Perak sejumlah RM 100.00
dan tarikh akhir kutipan pembayaran pada 13 Julai 2015 (Isnin). Bayaran boleh dibuat kepada guru penasihat
pengakap Pn Saraswaty Subramaniam (Tahun 5) dan Pn Sareah Arshad (Tahun 6).
6. Besarlah harapan kami agar tuan/puan
dapat memberi sokongan pelaksanaan kem ini demi anak tuan/puan. Sebarang
pertanyaan sila hubungi Pn Nalini (012-2331784), Pn Sareah (016-2985464) dan Pn
Haslimah (012-3216271).
Kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga.
Sekian
“BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA”
“KECEMERLANGAN
TEKAD KAMI”
Yang
Menjalankan Tugas,
………………………………………………..
(SITI HANIM
BINTI ISMAIL)
Guru
Penolong Kanan Kokurikulum
b/p
Guru Besar
SK
Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
|
|
Kem Lencana Pengakap Keris Gangsa
Tuan/Puan,
KEM LENCANA
KEMAJUAN PENGAKAP KANAK-KANAK
Sukacita
merujuk perkara di atas.
2. Badan Beruniform Pengakap SK Seri
Bintang Utara (SKSBU) akan menganjurkan Kem Lencana Kemajuan Pengakap
Kanak-Kanak secara berperingkat pada butiran berikut:
|
Kem
|
Tarikh
|
Sasaran
|
Tempat
|
|
Kem
Lencana Keris Gangsa
|
25,
26 & 27
April 2015
|
Ahli
Pengakap Tahun 4, 5 dan 6
|
SK
Seri Bintang Utara
|
|
Kem
Lencana Keris Perak
|
24,
25 & 26
Julai
2015
|
Ahli
Pengakap Tahun 5 dan 6
|
|
|
Kem
Lencana Keris Emas
|
2
, 3 & 4
Oktober 2015
|
Ahli
Pengakap Tahun 6
|
3. Untuk pengetahuan tuan/puan, objektif
penganjuran kem adalah seperti berikut:
I
- Mendedahkan secara langsung kepada
ahli pengakap tentang ilmu berpengakap dengan betul dan melatih sifat-sifat
kepimpinan yang harus ada dalam diri setiap ahli.
II
– Memberi pengalaman kepada ahli pengakap proses sosialisasi yang sewajarnya
dan cara-cara membuat pertimbangan serta keputusan terhadap diri, rakan dan
komuniti sekeliling.
III-
Memberi peluang kepada semua ahli pengakap memperoleh lencana tertinggi sebagai
simbol kemajuan diri dalam unit beruniform yang dianggotai.
IV
– Menanamkan minat dan kesungguhan terhadap aktiviti-aktiviti luar sebagai
persediaan kemandirian dan kelangsungan hidup dewasa nanti.
4. Proses penilaian kem ini akan dikawal
selia dan dinilai oleh Pesuruhjaya Pengakap Kuala Lumpur.
5.
Bayaran yang perlu dibuat adalah
berdasarkan kepada peringkat kem lencana yang bakal disertai oleh ahli
pengakap. Berikut merupakan bayaran bagi kem Lencana Keris Gangsa iaitu RM 60.00 dan tarikh akhir kutipan
pembayaran pada 27 Mac 2015 (Jumaat). Bayaran
boleh dibuat kepada guru penasihat pengakap Cik Faustina Robert (Tahun 4), Pn
Saraswaty Subramaniam (Tahun 5) dan Pn Sareah Arshad (Tahun 6).
6.
Besarlah harapan kami agar
tuan/puan dapat memberi sokongan pelaksanaan kem ini untuk kebaikan anak tuan/puan
seperti yang dinyatakan di atas seterusnya mendokong usaha murni kami.
Kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga.
Sekian
“BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA”
“KECEMERLANGAN
TEKAD KAMI”
Yang
Menjalankan Tugas,
………………………………………………..
(SITI HANIM BINTI ISMAIL)
Guru
Penolong Kanan Kokurikulum
b/p
Guru Besar
SK
Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
Selasa, 26 Mei 2015
Persetiaan Pengakap, Undang-Undang, Cogan Kata Pengakap
Persetiaan Pengakap
Bahawa dengan sesungguhnya,
Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya dengan seberapa daya upaya,
Saya akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa dan;
Menurut Undang-undang Pengakap
Undang-Undang Pengakap
| 1. | Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. |
| 2. | Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. |
| 3. | Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. |
| 4. | Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. |
| 5. | Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. |
| 6. | Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. |
| 7. | Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. |
| 8. | Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. |
| 9. | Pengakap itu jimat dan cermat |
| 10. | Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. |
Cogan Kata Pengakap
Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda - Selalu Bersedia
Pengakap Remaja - Pandang Luas
Pengakap Kelana - Berkhidmat
Sumber : Internet
Logo Pengakap
Logo Pengakap
MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:
Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”
Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”
Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”.
Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”.
Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit Pengakap:
Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”,
Hijau – “Pengakap Muda”,
Merah – “Pengakap Remaja”
Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”,
Hijau – “Pengakap Muda”,
Merah – “Pengakap Remaja”
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Sumber: Persatuan Pengakap Malaysia
Selamat Datang
Selamat Datang ....
Blog ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada ahli-ahli pengakap untuk mendapatkan maklumat disamping memaparkan aktiviti pengakap yang dijalankan dalam setiap perjumpaan.
Diharapkan dengan medium yang ada ini mampu memberi maklumat dan input yang baik kepada semua ahli pengakap.
Langgan:
Catatan (Atom)
