Jumaat, 28 Ogos 2015

Undang-Undang Pengakap

Undang-Undang Pengakap 
 

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya,
Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan
orang-orang yang dibawahnya.

3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap
walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya,
ketua patrolnya, pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

9. Pengakap itu jimat dan cermat

10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataan




Mohon izin/perkongsian
Sumber : http://pkkkedah.blogspot.com/

Pelbagai Badge/Lencana Mesenggers of Peace (MoP)


Image result for description messenger of peace scout what is
 
 Image result for description messenger of peace scout what is


Image result for description messenger of peace scout what is
 

Mesenggers Of Peace (MoP)

Throughout its history, Scouting has inspired its millions of members to make a difference – applying their leadership to creating a better world.
Scouts do some amazing things, from simple community actions to large-scale projects such as preventing bullying in schools in the UK, helping street gangs in El Salvador to reduce violence, cleaning up a playground in Texas and planting millions of trees all over Africa. In some of the most difficult conflict areas in the world – Kashmir, Israel/Palestine, Rwanda/Burundi and Northern Ireland, to name a few –Scouts are coming together in local communities to make a difference. Adding all this together Scouts, as part of a global Movement, are making the world a more peaceful place.
Observing this excellent work, the King of Saudi Arabia, King Abdullah and the King of Sweden, King Carl Gustaf came together to recognise Scouts as “Messengers of Peace”. They believe that the work Scouts are doing is so impressive, and that Scouting needs to be recognised for its contribution to worldpeace, and be supported to do even more.
World Scouting’s Messengers of Peace Initiative, launched by the World Scout Committee in 2011, aims to inspire the millions of Scouts who are doing amazing things in their local communities to tell the world about it, and thus inspire other Scouts to do even more. Any Scout project that brings a positive change in a community - its health, environment, social circumstances, safety or addresses conflict – is a Messengers of Peace project.
The Messengers of Peace Global Network
Here on scout.org, Scouts from all over the world can showcase their Messengers of Peace (MoP) projects, and also share them on other social media platforms. They can meet online to exchange ideas, tell their stories and work together to inspire each other. The MoP Network is driven by Scout volunteers based in each Region and is available to all, Scouts and non-Scouts, who are running local service and peace projects. To sign up for the Network, please click here.
To show the amount of work that is being done through these MoP projects, the time spent by all the Scouts in a project is added together – so when ten Scouts build a children’s playground, spending 20 hours each, the 200 hours of service are logged onto the platform. The first hour of service was registered in October 2012, and since then the number has kept ticking upward at an inspirational rate.
The Messengers of Peace Support Fund
Most projects carried out by Scouts are funded locally, or don’t cost money. However, sometimes funding support is needed to make a project happen or help take a small project and make it bigger. For more information about the Messengers of Peace Support Fund, contact your National Scout Office and read the fund guidelines.
Guidelines - Messengers of Peace Support Fund

Rujukan Pautan Laman Pengakap di Malaysia

 Sila klik di bawah bagi mengetahui butiran mengenai aktiviti Pengakap Malaysia

Sejarah Penubuhan Pengakap di Malaysia

Sejarah Pengakap

Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik. Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.

BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903.Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu.

 Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.

Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia.Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis.Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji.

 Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri.

Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.

Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU.



SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.
 Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura.

Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.

Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.
 Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.

Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.Perlis pula ialah pada tahun 1931.

Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia.

Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap

1910 Singapura F.C. Sands

1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) .

1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .

1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman

1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff

 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker

1926 Perak I.R. Wheeler

1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone

1926 Selangor Ameen Akbar

1928 Johor

1927 Terengganu A.J. Gracle

1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong
Sumber: Sejarahpengakapkita.blogspot.com



Pengumuman

Kem Kemajuan Lencana Keris Emas akan dijalankan pada butiran berikut:

Tarikh: 30-31 Okt & 01 Nov 2015
Tempat : Paya Indah Wetlands,Dengkil, Selangor.
Bayaran: RM 120.00
Syarat utama: Telah mengikuti Kem lencana Keris gangsa Dan Perak

Rakaman Gambar Kem Pengakap Keris Perak 2015

 Slot 1- Penerangan tentang Program Messenger Of Peace oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara iaitu Encik Amir Hamzah

 Tayangan video pelbagai acara yang telah dijalankan kumpulan pengakap dunia mengenai program messenger of peace.

 Sesi perbincangan aktif Dan cambah minda mengenai taklimat Dan program.

 Sesi penerangan activitie Dan peraturan keselamatan semasa perkhemahan.

 Slot 2- mencatat mengenali sekurang 5 papan tanda Dan memahami maksudnya di sekitar kawasan Sekolah.

 Peserta melakukan perbincangan Dan pencarian maklumat bersama rakan- rakan yang lain.

 Sesi temu ramah individual yang ditemui dalam menjalankan aktiviti.

 Mencatat maklumat yang diperoleh.
 Slot senaman pagi...

 Aktiviti regangan.....

 Sarapan pagi bersama rakan-rakan...



 Sesi melengkapkan module Dan buku log....

 Gembira bersama rakan.....


 Slot belajar ikatan dalam module pengakap.