Ahad, 29 November 2015

Anugerah rambu pengakap kanak-kanak 2015

 18.11.2015- Upacara bersejarah bagi warga SKSBU apabila 21 ahli pengakap kanak-kanak menerima anugerah Rambu pengakap kanak-kanak Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
 Majlis dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri WPKL iaitu Datuk Dr  Eli bin Hj Mohd Tahir bersama Tuan Amir Hamzah Aman Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negara Dan beberapa individu yang lain.
 Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Persetiaan Pengakap, Doa Dan seterusnya penganugerahan.
 Usainya anugerah, ucapan Yang Berbahagia Datuk Dr Eli...diikuti penyampaian tanda mata oleh guru besar Pn Che Norizan Abdullah.
 Bacaan doa oleh Akhmal Danial Kamalruddin.
 Antara penerima anugerah pada hari yang bersejarah Nurul Ira Shakiela.
 Kelihatan Datuk Dr Eli memakaikan rambu pada lengan Kinson Yang Qi Quan...
Penerima anugerah bersama sijil mereka.

Selasa, 10 November 2015

Penganugerahan Tertinggi Pengakap Kanak-Kanak - Anugerah Rambu 2015

Pengumuman :

Satu majlis penting akan berlangsung pada 18 Nov 2015 di SKSBU  iaitu pada hari Rabu, merupakan upacara penganugerahan Rambu Pengakap Kanak- Kanak pada ahli yang telah mencapai tahap tertinggi dalam melengkapjan kriteria yang diwajibkan. Majlis akan dihadiri Oleh tetamu kehormat Datuk Elly - Pesuruhjaya Pengakap Kuala Lumpur.

Seramai 21 calon akan dinilai bersama 2 ahli Pengakap Sekolah berdekatan iaitu ahli pengakap SK Seri Cheras, KL.

Majlis dijangkakan akan berlangsung di Bilik Anggerik SKSBU.

Tahniah diucapkan...

Kem Lencana Keris Emas 2015

Kem lencana Keris Emas telah pun berlangsung pada30 Okt-1 Nov 2015 di Kem Sg Gading, Tanjung Malim Perak. Seramai 30 orang ahli pengkap terlibat dalam menyempurnakan aktiviti ini dengan dibantu oleh fasilitator guru-guru Dari IPG Ilmu Khas,UPSI Dan PISAS. Kem berlangsung dengan jayanya Dan mencapai objektif yang disasarkan.

P/s: potret-potret kenangan boleh diperoleh di Facebook : Pengakap Kanak-kanak SK Seri Bintang Utara,Kuala Lumpur.


 Kenangan sebelum pulang ke Sekolah....
Taklimat oleh Pen. Pesuruhjaya Pengakap Malaysia En Amir Amzah A man, Pensyarah IPG Ilmu Khas,KL.
          Bersama memotret kenangan...
          Laungan Agung....hari ketiga...
           Ikrar Pengakap oleh Farhana...
     
      Upacara menurunkan bendera...

         
    Malam kebudayaan Pengakap...
   Roti lilit dan masak telur .....survival
      Tanglung untuk dilepaskan...

  Melepaskan tanglung di malam hari...
               Persembahan kumpulan...



 
Menaiki trak sebelum ke kem......

Ahad, 8 November 2015

Tahniah.


Tahniah...buat Guru Penasihat Pengakap Pn Nalini Thangavelloo Dan Pn Norlaila Abu Samah kerana telah berjaya menyempurnakan kursus Manik Kayu 1 pada 9-11 Okt 2015.
     Saat manis bersama Pesuruhjaya Pengakap KL...Datuk Elly...
         Menerima sijil tamatnya kursus...

Tahniah.....

Rabu, 30 September 2015

Kejayaan Buat Pengakap...

30 Sept 15 (Rabu)- Hari berlangsungnya pertandingan kawad kaki peringkat sekolah. Seperti biasa semua badan unit beruniform sekolah terlibat. Pada kali ini satu kejayaan besar telah diraih, dimana pasukan pengakap dinobatkan sebagai juara dan lebih membanggakan komander Uwais Mat Aziz juga dipilih sebagai komander terbaik. Tahniah diucapkan......
            Kejayaan komander Uwais Mat Aziz

        Sesi penerimaan trofi Dan hadiah....
    .                  Kawad dalam arahan...
               Kesungguhan ahli pengakap...
                  Sedia menerima arahan..



                  Pergerakan masuk...


          Memberi maklumat ahli pengakap...
              Gembira dengan hadiah.....
                           Peace......


               Tepukan kejayaan



                      Penyokong....